JOM CYCLING

Selasa, 18 Julai 2017

Genting Perez - santai, enjoy & kepuasan

GENTING PERES YANG MENDAMAIKAN

Minggu ini penulis nak kongsi pengalaman berkayuh ke Genting Peres laluannya terletak di sempadan antara Negeri Sembilan dan Selangor.
   Laluan yang sering menjadi pilihan kaki kayuh terutamanya pemilik road bike sememangnya mengujakan terutamanya bagi mereka yang sukakan laluan berbukit dan 'endurance'.
   Bagi mereka yang berhasrat berkayuh di laluan ini anda mempunyai pilihan sama ada memulakan kayuhan dari Batu 18 Hulu Langat atau dari Pekan Semenyih.
   Penulis yang pertama kali berkayuh menggunakan mountain bike ke lokasi berkenaan memilih memulakan kayuhan dari Pekan Semenyih yang hanya 10 km dari kediaman.
   Untuk rakan2 yang berhajat berkayuh dari lokasi ini anda boleh meletakkan kenderaan berhampiran Masjid Raja Muda Musa di Pekan Semenyih.

Kemudahan parking & solat

   Kemudahan masjid turut memudahkan rakan2 beragama Islam menunaikan solat Subuh serta kenderaan dalam keadaan selamat kerana berhampiran dengan balai polis hehehe. (tq abam)

   
       Masjid Raja Muda Musa Semenyih 


Balai Polis Semenyih 

  Kayuhan penulis bersama rakan bermula dari Semenyih dengan jarak kayuhan ke lokasi dianggarkan kira-kira 60 km pergi dan balik.
   Disebabkan penulis hanyalah rider amatur, kayuhan ini mengambil masa selama empat jam. Walaupun kayuhan dalam kategori santai, pemandangan di sepanjang laluan sememang cukup menarik dan enjoy beb.
   Antara lokasi menarik untuk rakan2 singgah sambil 'mencuci mata' (hehe) selain menenangkan minda adalah kawasan jeram di Sungai Tekala, menikmati pemandangan Empangan Semenyih, melawati perkampungan masyarakat Orang Asli dan paling penting menghirup udara bersih di sepanjang perjalanan.

Genting Peras 

Pemandangan di Empangan Semenyih

Berhenti rehat dipertengahan jalan

Pemandangan mendamaikan Empangan Semenyih


Laluan jalan raya menuju Genting Peres 


     Selain menikmati pemandangan alam sekitar menghijau di sepanjang perjalanan, rakan2 rider juga dinasihatkan supaya berhati2 ketika berkayuh kerana laluan dari Pekan Semenyih sehingga ke Empangan Semenyih agak sibuk pada awal pagi terutamanya kenderaan berat seperti lori.
   Pada masa sama juga, pastikan juga anda membawa bekalan air mencukupi dan makanan tenaga tambahan seperti Proumaxx (mantop beb) terutamanya bagi mereka yang sukakan 'endurance'.
Proumaxx mantop beb...


   Selain itu, jangan lupa juga pastikan bawa tiub basikal spare hehehe. Basikal penulis pancit da....
Mujur ada spare tube da...


Jumpa lagi beb!!


3 ulasan: